Monday, March 12, 2012

Liga KRS : SLRC vs UPM Angels


Crouch.. touch..pause..engaged!!!



Kumon tgh challenge line-out against Angels


11 Mac, Serdang - Perlawanan keempat Liga KRS melibatkan Sdar Lions (SLRC) yang bertandang ke UPM Serdang di mana pasukan UPM Angels bersedia menerima kunjungan pasukan SLRC.

Memulakan permainan dengan 13 orang walaupun di luar ada beberapa pemain simpanan tetapi kesemuanya adalah heavyweight, UPM mula mengasak kubu SLRC. Namun pertahanan yang kemas berjaya dipatahkan cubaan demi cubaan.

Rono dan Daniel masuk untuk melengkapkan barisan back-line, namun Angels terus menerus mengasak kubu SLRC untuk mendapatkan try pertama. SLRC cuba untuk bangkit dengan bermain secara taktikal forward dan hasilnya, John berjaya mendapatkan try sebelum Acai menyempurnakan conversion untuk berada di hadapan untuk SLRC sebelum mengakhiri babak pertama dengan skor 7-5.

Kemasukan pemain kebangsaan Mamba ternyata berjaya mengucar-kacirkan back-line SLRC di mana larian beliau yang meloloskan diri daripada 5 pemain untuk mendapatkan try seterusnya buat UPM.

SLRC terpaksa mengeluarkan ketua pasukan, Pakho dengan Tam untuk menambah berat di bahagian forward sebelum Tam sendiri melakukan try hasil gerakan forward kendalian Sutiman.

Angels sememangnya antara pasukan IPT yang hebat dalam arena ragbi tanahair ternyata tidak mudah menyerah kalah. Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh back-line SLRC pantas diambil kesempatan oleh Angels untuk menjarakkan jurang. 3 try terakhir dalam tempoh 15 minit cukup untuk Angels menamatkan permainan oleh pengadil Ali Tahar dengan skor SLRC 12 UPM Angels 34.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

pemain:-
John, Basau, Muzz, Kondok, Amat, Kumon, Pakho, Sutiman, Duen, Acai, Daniel, Ganu, Shah, Madi, Rono, Tam, Almaz, Angah, Taufiq, Hell, Bob Adtec.

Wednesday, February 29, 2012

Liga KRS : SLRC vs Storms

26 Feb, Petaling Jaya - Usaha untuk mencari kemenangan kedua SLRC tidak kesampaian apabila hanya sekadar tewas tipis kepada Storms dengan skor 17-20.

Storms merupakan pasukan yang boleh dikatakan sudah lama bertapak di Dividyen 1 Liga KRS dan pernah bermain dalam saingan NICC, juga membariskan pemain-pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa kelab elit dalam Liga Super seperti NS Wanderers dan Bandaraya Dragons.

Separuh masa pertama lebih banyak dikuasai SLRC dengan membuat cubaan demi cubaan di bahagian back-line dengan mendapat dua try menerusi Daniel dan Ammar dan satu penalty menerusi Arul manakala Storms hanya mendapat satu try menerusi asakan forward.

Hujan turun dengan lebat pada babak kedua dan Storms mengambil kesempatan untuk bermain taktikal forward sahaja.

Hasilnya Storms berjaya mendapat dua try untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan penuh SLRC 17 Storms 20.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions...pride & passion"

pemain:
John, Gurun, Acap, Danny, Insp Amirul, Kumon, PAKHO, Sutiman, Ito, Arul, Bes, Daniel, Iki, Rono, Ammar, Mags, Basau, Lipan, Duen, Joni, Alon, Taufiq, Penyu, Abu, Acai, Hell, Ganu.

Monday, February 20, 2012

Liga KRS : SLRC vs X-Lions

19 Feb, UiTM Shah Alam - Liga Kesatuan Ragbi Selangor 2012 membuka tirainya apabila 15 perlawanan berlangsung serentak selama 2 hari setiap minggu.

SLRC yang baru dinaikkan ke Divisyen 1 bertandang ke Shah Alam untuk menghadapi cabaran pasukan bekas pelajar UiTM Shah Alam, X-Lions.

Sebaik sahaja wisel permainan dimulakan, perlawanan agak berat sebelah berikutan barisan forward X-Lions yang besar-besar dan menggunakan mainan forward. Pertahanan yang kental oleh forward SLRC berjaya menafikan cubaan demi cubaan.

Namun barisan back-line SLRC berjaya membuat larian namun penamat yang agak tumpul menafikan beberapa break yang sepatutnya try. Kegagalan X-Lions untuk masuk ke kawasan 22 meter SLRC membuatkan mengambil keputusan untuk mengambil sepakan penalty 2 kali untuk berada di hadapan dengan skor 6-0 untuk tempoh 20 minit pertama.

SLRC cuba bangkit untuk merapatkan jurang , hasilanya Ganu berjaya mendapatkan try pertama di hujung padang untuk kedudukan separuh masa SLRC 5 X-Lions 6.

Ketika babak kedua berada dalam 5 minit pertama, X-Lions berjaya menjarakkan kedudukan hasil kesilapan Joni untuk tidak mengeluarkan bola awal kepada back-line.

X-Lions terus menerus mengasak SLRC dengan mainan forward yang berat namun counter attack oleh back-line SLRC berjaya membuahkan hasil.

Ito menggantikan Duen bijak memperdayakan scrum X-Lions dengan larian dari kawasan 22 meter sebelum beliau sendiri melakukan try yang kedua. Kumon dan Ammar masing-masing melengkapkan kemenangan dengan dua try yang bergaya untuk terus menjinakkan 'Singa Otai'.

Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil Azizan untuk keputusan akhir SLRC 31 X-Lions 11.
Kemenangan pertama ini sedikit sebanyak memberi semangat untuk terus memberikan saingan kepada pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman yang lain.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions...pride and passion"

Players:
Acap (0610), john, basau (0509), tam, inspektor amirul, akid, koko, amat, duen (0206), sakai, bes (0307), danial, ganu, joni (0509), rono, sutiman, ito, mamu (0206), kumon (0408), ammar (0610), bogard (0408), pyan (0206), Iki, danny, alon, taufik.


Sunday, January 8, 2012

Ansara 10's under 19 2012

YDP Sdara, Fadhil Ahmad menyerahkan trofi Juara kepada Kapten, Syahmi aka Tank.



Para pemain bersama YDP Sdara


Barisan pemain SLRC bawah 19 tahun dan pengurusan.


8 Jan, Petaling Jaya - Seperti tahun-tahun sebelumnya, kalendar ragbi Malaysia dimulakan dengan Kejohanan Ragbi Ansara 10 Sepasukan (10's) kategori bawah 19 Tahun.

Disertai oleh kebanyakan pasukan Ansara dan beberapa pasukan handalan seperti SMSOB, ASAS RC, MCOBA, Semashur, Sajoha dan tidak lupa juga Sdar Lions RC.


Berkampung selama dua hari di Petaling Jaya, rata-rata pemain yang datang dari luar Kuala Lumpur berjaya dikumpulkan dengan sedikit latihan insentif di SDAR Sg Gadut sehari dua hari sebelum perlawanan dengan bimbingan Sdr Bon (83'7).


Kehadiran pemain dari SSBP, Wan dan juga Bapt (06'10) sedikit sebanyak membantu pasukan untuk bermain lebih bersungguh-sungguh.


SLRC muncul Juara Perdana (Cup) setelah menundukkan Ansara Kuala Terengganu dengan skor 14-05.


Berikut adalah keputusan melibatkan SLRC dan Johan kategori lain :


Peringkat kumpulan :
SLRC mng RIOBA 19-07
SLRC mng Ansara Pontian 26-00

Suku Akhir Cup:
SLRC mng MCOBA 07-00


Semi Final Cup:
SLRC mng Ansara Alor Gajah 26-05


Final Cup :
SLRC mng Ansara K.Terengganu 14-05


Johan Cup : Sdar Lions RC
N/Johan Cup: Ansara K. Terengganu
Johan Plate : SMSOB
N/Johan Plate : STAROBA


Ini merupakan permulaan yang baik SLRC bagi tahun 2012 untuk memulakan kempen 2012 dengan beberapa suntikan baru.


Kehadiran YDP SDARA, Sdara Fadhil Ahmad yang turut serta memberikan sokongan sehingga Final serba sedikit menaikkan semangat para pemain untuk bermain.


Sdara Fadhil juga turut diberi penghormatan oleh penganjur untuk mengalungkan sendiri medal seterusnya menyerahkan trofi kejohanan kepada para pemain.


Terima kasih kepada para bekas pelajar dan para pemain SLRC yang turut hadir memberikan sokongan dan sumbangan.


After all, it's just another game of rugby.


"Lions... Pride and passion "

player :
Tank, Amri, Abu, Mentol, Edward, Wan, Irshad, Irfan, Payam, Sel, Miru, Maru, Apai, Mojek, Bapt.

Sunday, December 18, 2011

NSRU Old Boys 10's 2011


SLRC Vets (hitam) dan STJOB Vets (Merah)



Alim dengan larian yang penuh bergaya



Side-step Arul cuba disekat oleh pihak lawan



Champion Cup:

Back (l-r): John, Siam, Ajoi, Tiong, Hisham, Penyu, Nadim, Koko, Kumal, Cikgu Zach.

Front (l-r): Arull, Ito, Alim, Kumon, Zack




17 Dis, KGV Seremban - Kejohanan Tahunan NSRU Old Boys 10's seperti biasa dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Negri Sembilan (NSRU) dan disertai oleh persatuan atau kelab bekas pelajar sekolah-sekolah di NS.


Edisi kali ketujuh ini melihatkan penguasaan pasukan SLRC dalam kategori Terbuka apabila muncul juara Cup menundukkan musuh tradisi iaitu STJOB Warriors dengan skor 47-00. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama SLRC dalam tempoh tujuh tahun Kejohanan ini diperkenalkan.



Kejohanan kali ini adalah melalui format baru di mana pasukan akan bermain pada saingan kumpulan pusingan pertama dan dua teratas akan bermain pada saingan kumpulan pusingan kedua. Seterusnya, teratas kumpulan dalam pusingan kedua akan bertemu di Final Cup.



SLRC menghantar setiap satu pasukan dalam kategori Terbuka dan Veteran. Pasukan veteran gagal menyerlah kerana pemain yang sepatutnya bermain untuk team veteran bermain dalam team Terbuka. Akan tetapi, pasukan veteran harus diberikan kredit dengan kehadiran pemain-pemain yang berpengalaman seperti Wan Bon, Zack, Linggam, Kondok, Ateng, Cikgu Chot, Nadim etc.



Berikut adalah keputusan penuh pasukan terbuka :



Kumpulan:

SLRC mng TBS Old Boys B 26-00

SLRC mng Bukit Kepayang RC 31-00

SLRC mng Ansara Serting 12-07

SLRC mng SBPI Jempol OB 12-00



Pusingan Kedua:

SLRC seri Old Georgian 07-07

SLRC mng TMS Old Boys 19-00



Final Cup :

SLRC mng STJOB Warriors 47-00



Kemenangan ini merupakan penutup paling bermakna bagi buku tahun 2011 di mana kalendar ragbi SLRC melabuhkan tirainya.



After all, it's just another game of rugby.



"Lions... pride and passion "



Players :

Arul, Ajoi, Siam, Kumal, Koko, Mizy, John, Zach, Alim, Hisham, Ito, Penyu, Tiong, Kumon





** gambar2 diambil dari FB Azley Kassim dan Nurul Ain**

Thursday, December 1, 2011

Jonah Jones Rugby 7's 2011

back (l-r): Moceng, Ajim, Afiq, Kumal, Tam, Toyed, Kumon, Acap, Azwan (Manager)
front (l-r): John (Physio), Radhi, Duen, Shah, Aboy, Yop, Ammar.

26 & 27 Nov, Bukit Kiara - Pasukan Sdar Lions RC (SLRC) sekali lagi menyertai kejohanan ragbi Tujuh Sepasukan tertua di Malaysia, Jonah Jones Rugby 7's yang berlangsung selama dua hari di padang Kelab Diraja Seangor, Bukit Kiara.

Edisi kali melihatkan SLRC diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan AS Blues, Putrajaya Scorpions dan Hong Kong Lions.

SLRC hanya mampu ke pusingan Separuh Akhir Daun Pisang setekah tewas dalam semua perlawanan kumpulan dan menang dalam suku akhir menentang SMS Old Boys.

Walaupun tewas, SLRC berbangga kerana membariskan rata-rata pemain muda dan dibantu oleh beberapa pemain senior dan merupakan pendedahan untuk peringkat lebih tinggi.

Begitu juga dengan tahap disiplin di mana para pemain tiba di padang seawal jam 7.30 pagi bagi kedua-dua hari.

Pada hari kedua SLRC kehilangan 3 tonggak utama akibat kecederaan seperti Toyed, Moceng dan Radhi.

Terima kasih diucapkan kepada SDARA yang sudi memberi sumbangan melalui Bro Mhi Hasni, DKN, Azim 948, Jepp dan Hafiz Che Mat (93'7), Ajoy (95'9) dan beberapa nama lain.

Berikut adalah keputusan melibatkan SLRC :

SLRC kk AS Blues 00-28
SLRC kk Hong Kong Lions 07-24
SLRC kk Scorpions 00-10

Suku Akhir Daun Pisang
SLRC mng SMS Old Boys 14-05

Separuh Akhir Daun Pisang
SLRC kk Scorpions 14-21

After all it's just another game of rugby.

"Lions... Pride and passion "

players:

Duen, Kumon, Kumal, Tam, Afiq, Acap, Radhi, Aboy, Ammar, Yop, Toyed, Shah, Ajim, Moceng, Raja.

Saturday, November 19, 2011

SLRC vs X-SSAAS




19 Sept, PJ - Saingan Suku Akhir Piala Bentara Ragi Liga Alumni ini menemukan kembali Finalis Piala Bentara 2010 di antara Sdar Lions (SLRC ) menentang Bekas Pelajar Sekolah Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (X-SSAAS), Shah Alam.

Kedua-dua pasukan hadir dengan pemain yang cukup-cukup di mana perlawanan pada hari ini bertembung dengan Kejohanan Ragbi UPM 10's.

Dengan hanya tambahan Hariz dan Rod yang datang agak lewat kerana masalah peribadi, pada awalnya Itik terpaksa diusung keluar kerana kecederaan akibat tulang sikunya terkeluar.

Kemudian pula disusuli oleh Sayo yang pada awalnya bertindak sebagai pack-leader juga terpaksa diusung keluar akibat kecederaan bahu.

Perlawanan kali ini berpihak kepada X-SSAAS apabila memenangi permainan dengan skor 24-12.

Try SLRC hadir melalui John dan juga Tobab.

Dengan kekalahan tersebut, maka tamatlah tirai saingan ragbi Liga Alumni buat SLRC dan juga bagi permainan 15 sebelah.

Terima kasih kepada yang hadir.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride & passion"

players : -
John, Taufik, Alon, Danny, Hell, Sayo, Syed, Hariz, Rod, Duen, Ayam, Fungker, Tobab, Itik, Dabus, Pian.